sambungan Tudung yg mungkin terakhir

ahad ni dh nk blk Dublin..huhu..so rase i just type for da last time sambungan tu sbb igt nk kasik my sis yg nk further study kt uk tonite buku ni..arap die bace la bile ade mase luang..biasela nk buat master sure busy kn..doakan keselamatan penerbangan die n mine too..

Dua Yang Berbeza..m/s 69..

Pakai tudung dan tutup aurat ini dua perkara yg berbeza. Ramai yg bertudung tp tidak tutup aurat. Tutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan perlaksanaan yg khusus. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan perlaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya utk menegakkan akhlak. Tapi jika sekadar memakai tudung sahaja - niat, falsafah dan tujuannya lain. Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya atau menutup kekurgan pd muka dan rambut.

[33:59]
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Salahkah bertudung hendak cantik? Mungkin ada yg berhujah begitu. Bukankah Islam itu indah? Memang, tidak salah…tetapi bukan tujuan utama aurat. Tujuan utama menutup aurat ialah kerana mengikut perintah Allah. Dibuat atas dasar iman. Kemudian dibuat dgn menepati kaedah syarak. Mana yg patut ditutup, ditutup. Labuh dan singkatnya semua mengikut ‘piawaian’ syariat.

Dengan itu barulah terbangun akhlak pd wanita yg menutup aurat. Dan ketika itu barulah dia selamat dan menyelamatkan. Dia tidak akan diganggu atau mengganggu org lain. Macam mana kalau org yg tidak bertudung ttp akhlaknya lebih baik drpd org yg bertudung? Mungkin ada yg bertanya begitu. Ringkasnya, kita katakan dia umpama org yg memandu dgn baik, berhemat dan cermat ttp tidak memakai topi keledar…Salah di sisi undang2 dan masih membahayakan diri.

Sudah menjadi pandangan biasa kalau wanita bertudung berdua2an. Mereka rase bebas bercinta, berdating dan bercumbu2an walaupun sudah bertudung. Tudung bukan penghalang bg cinta. Itu prinsip yg jd pegangan mereka agaknya. Tudung, tudung juga; cinta, cinta juga. Itulah pegangan sesetgh remaja kita. Sama ada disuarakan atau sekadar diamalkan. Oklah, tu. Setakat bercinta, mungkin tidak mengapa. Tapi cinta bagaimana?? Apakah hubungan cinta dan tudung??

Syariat yang Kukuh…m/s70

Jadi, bagi wanita yg bertudung sekaligus menutup aurat, bolehkan anda bercinta tanpa melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syariat? Maksudnya bukan sekadar syariat menutup aurat tetapi syariat2 yg lain…Umpamanya menjaga agar tidak terjebak dlm pergaulan bebas, tidak melakukan sesuatu yg mendatangkan fitnah dan mengekalkan tingkah laku serta adab seorg muslimah.

Ya, jgn skali2 disinonimkan cinta dgn pergaulan bebas dan pendedahan aurat. Jika benar cinta itu suci, maka peliharalah kesuciannya dgn tidak mencemarinya dgn sesuatu yg kotor mengikut ukuran syariat, adat dan budaya. Anda perlu kaitkan cinta, tudung..iman. Bukannya cinta, tudung..nafsu!

p/s: 2 hari lg nk pulang Dublin..huhu..doakan keselamatan dan kesenangan tiba ke sana

4 Responses to “sambungan Tudung yg mungkin terakhir”

  1. Ihsan Says:

    huhu..panjang sgt..malas nk bace..lgpon mcm berat menyaun wanita je nih..xleh2

  2. Mr Hafyz Says:

    hehehe..asal kasik comment pon dh cukup mantap..arap ade org lain yg bace dgn sungguh2 la..hehe

  3. sara Says:

    erm…mmg bgus..=)

  4. HaFiZvonPJ Says:

    huh…berat gak topik nih…

Leave a Reply