Petikan dari buku Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi
Bertudung Tapi Liar
Satu ketika dahulu, tidak terbayang langsung wanita bertudung berseluar jeans ketat dengan t-shirt sendat, berkepit dengan pasangan masing2 di pusat2 membeli-belah. Atau membonceng, berpelukan di atas motosikal bersama jejaka idaman mereka.
Apa niat kita bertudung? Atau lebih tepat lagi, kenapa kita menutup aurat? Bertudung kerana hendak kelihatan cantik, hendak kelihatan baik, hendak tutup ‘kekurangan wajah’ dan ‘kerana-kerana lain’ yang bukan kerana Allah(kewajipan menutup aurat) sesungguhnya akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan2 negatif. Ertinya, menutup aurat mestilah atas dasar tauhid, kerana iman, kerana Allah. Jika kerana yang lain, maka itulah yang akan menjerumuskan wanita yang bertudung ke arah kemungkaran.
Keadaan yang sama boleh berlaku kepada hukum2 Allah yg lain. Solat misalnya, jika dilaksanakan tidak kerana Allah (kerana riyak, ujub dan lain2 lg) akan menyebabkan seseorg yg solat bertambah jauh drpd Allah. Ini telah ditegaskan oleh ulama2 utama. Dan keadaan inilah yg jug telah berlaku kpd mereka yg bertudung, yg bukan kerana diniatkan atas perintah Allah. Bukan bertambah dekat, tetapi semakin jauh drpd Allah.
Secara mudah, menutup aurat bolehlah diibaratkan spt memakai topi keledar. Topi keledar ada kaitannya dgn keselamatan nyawa, menutup aurat berkait dgn keselematan agama (maruah dan akhlak). Kedua2nya adalah soal ‘dharuriyat’ (perkara yg mesti dlm Islam) kerana ia melibatkan nyawa dan agama (maruah). Baiklah, jika analogi itu boleh diterima, cuba renungkan bukankah ada kalanya memakai topi keledar tidak dpt menyelamatkan nyawa si pemakainya?
Misalnya, pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya memakai topi keledar…tp spt yg saya katakan td, sekadar bertopi keledar, masih belum menjamin nyawanya selamat. Ada faktor lain yg lebih penting antaranya memandu secara berhati2, jgn terlalu laju, mematuhi peraturan jln, tidak mengantuk dll. Kalau peraturan dilanggar, walau sebesar mana topi keledar kita, ia tidak akan menyelamatkan. Digilis lori hancur berkecai!
August 6th, 2006 at 4:35 am
wah…camne nk bawak moto nih?
August 6th, 2006 at 6:04 pm
a very good point also hafyz..niec one..thank you for teh tazkirah..=)
August 6th, 2006 at 8:57 pm
bawak la moto dgn cermat dan berhati2..
ur welcome fatima..
nanti ade sambungan lagi sket..hehe
August 7th, 2006 at 5:04 am
Aku sokong…..
August 17th, 2006 at 4:05 am
profound..arigato!
October 1st, 2006 at 2:09 am
itulah masalahny dah thu tp still wat,iman yg xtetap..anyway..it’s gud..saling tegur menegur.. cuba u try baca buku ayat2 cinta..from indun gak..tp lupa la dia pnye penulis..
January 1st, 2009 at 8:23 am
sokong sgt2